Friday 9 December 2011

PANTUN MELAYU

Pantun ialah karangan berangkap yang menggunakan bahasa-bahasa yang indah. Pantun merupakan satu-satunya puisi tradisional yang tulen tanpa diserap oleh unsur-unsur sastera asing. Ia adalah nilai masyarakat melayu tradisional, sebab itu tidak disebut siapa penciptanya. Sifat-sifat pantun yang sederhana, ringkas dan mudah diingat menjadikan pantun sebagai puisi tradisional yang masih kekal dan popular sehingga ke hari ini di kalangan masyarakat. Sebagai sebuah karangan berangkap, pantun mempunyai ciri-ciri tertentu.

Ciri-ciri Pantun
Sebuah pantun wujud dalam satu rangkap yang lengkap dari segi makna. Setiap rangkap pantun terbahagi kepada 2 bahagian iaitu, bahagian pembayang dan bahagian maksud. (Bagi pantun 4 kerat, baris 1 dan 2 ialah pembayang, manakala baris 3 dan 4 adalah maksud, contohnya)

Pulau pandan jauh ke tengah,
Gunung Daik bercabang tiga,
Hancur badan dikandung tanah,
Budi yang baik dikenang juga.
Rima atau bunyi akhir nya adalah sejajar contohnya;

Bintang Barat terbit petan g,
Bintang Timur terbit pag i,
Jika ada umur yang panjan g,
Sehingga kita ketemu lag i. 

Pantun mempunyai antonasi yang sesuai untuk mengucapkannya. Setiap baris dalam pantun mempuntai 8 hingga 12 suku kata sebaris  manakala bilangan perkataan dalam sebaris adalah antara 4 hingga 5 perkataan.

Jenis-Jenis Pantun
1. Pantun Perpisahan:

Hari ini menugal jagung,
    Hari esok menugal jelai, 
Hari ini kita berkampung
    Hari esok kita bercerai.

Batang selasih permainan budak,
    Berdaun sehelai dimakan kuda,
Bercerai kasih bertalak tidak,
    Beribu tahun kembali juga.

2.  Pantun Teka-Teki

Tanam pisang sulung tahun,
    Malam-malam tanak nasi,
Dalam batang ada daun,
    Dalam daun ada isi?

Buah cermai di dalam dulang,
    Tepung digaul minyak sapi,
Anaknya ramai ibunya seorang,
    Apabila bergesel berapi-api? 

3.  Pantun Jenaka

 Oh bulan kemana bintang,
Atas pucuk kayu ara,
Oh tuan kemana hilang,
Dalam bilik anak dara.

Atas pucuk kayu ara, 
    Lebat daunnya pokoknya rindang,
Hilang kedalam bilik nak dara,
   Cuma meminta rokok sebatang.

4.  Pantun Budi

Payah kami menabur padi,
     Nenas juga ditanam orang,
Payah kami menabur budi,
     Emas juga dipandang orang.

Tinggi bukit gilang-gemilang,
     Air laut tenang-tenangan,
Budi sedikit tidakkan hilang,
    Itu menjadi kenang-kenangan.

5.  Pantun 2 kerat.

Terima kasih daun keladi,
    Kalau boleh hendak lagi.

Ikan siakap ikan senohong,
    Banyak bercakap banyak berbohong.

Pecah kaca pecah gelas,
    Sudah dibaca harap dibalas.

Sebab pulat santan terasa,
    sebab mulut badan binasa.




Wednesday 9 November 2011

PANTUN TEKA-TEKI



Kalau Tuan pergi ke kedai,
Belikan saya buah keranji,
Kalau tuan bijak pandai,
Apa binatang keris di kaki?

Ada sebiji roda pedati,
Bentuknya bulat daripada besi,
Bila bermain diikat sekuat hati,
Dilempar hidup dipegang mati?

Buah budi bedara mengkal,
Masak sebiji di tepi pantai,
Hilang budi bicara akal,
Buah apa tidak bertangkai?

Burung nuri burung dara,
Terbang ke sisi taman kayangan,
Cubalah teka wahai saudara,
Semakin diisi makin ringan?

Bunga orkid indah warnanya,
Penyeri taman dan juga hutan,
Ramai orang datang bertanya,
Bintang apa hidup di lautan?

Pak Pung Pak Mustafa,
Encik Dollah dirumahnya,
Ada tepung ada kelapa,
Gula Melaka jadi intinya.

Kelip-kelip kusangka api,
Kalau api mana asapnya?
Hilang ghaib disangkakan mati,
Kalau mati mana kuburnya? 

Budak-budak bermain batu,
Batu dikira satu persatu,
Badannya lurus bermata satu,
Ekornya tajam apakah itu?

Jika tuan membeli tikar,
Tikar anyaman dari mengkuang,
Kalau Tuan bijak pintar,
Ular apa membelit pinggang?

Masak tumis sambal petai,
Makan kenyang sambil sendawa,
Anda menziarah sahabat handai,
Buah apakah yang akan dibawa?

Pokoknya bulat dan juga rendang,
Masam dan hijau ketika muda,
Buahnya berbentuk seperti bintang,
Sudah masak, kuninglah ia.

Belayar perahu dari Bentan,
Menyusur tepi Selat Melaka,
Lebar kepala dari badan,
Apakah ikan cubalah teka?

Mak Minah menanak minyak,
Kemenyan dibakar dengan setanggi,
Dua peha beranak banyak,
Untuk mendaki tempat yang tinggi?

Orang bekerja diberikan upah,
Hidangan disaji dalam talam,
Gajah putih ditengah rumah,
Layar terkembang di waktu malam?

Gigi berduri tatah bersigai,
Pembelah kayu ia berguna,
Jika tuan orang yang pandai,
Benda apakah makannya dua cara?

Jika ke kedai pergi berbelanja,
Belikan saya sudu dan senduk,
Jika pandai katakan ia,
Semakin berisi semakin menunduk?

Kalau tuan pakai lencana,
Pakailah songkok di atas kepala,
Kalau Tuan bijak laksana,
Binatang apakah tiada kepala?

Pisau lipat dimainnya kera,
Tangannya luka lalu terjun,
Makan kuat tidak terkira,
Kenyangnya tidak tahi bertimbun?

Minah ketawa terjerit-jerit,
Melihat koyak pada seluar,
Orang putih duduk sederet,
Pagar didalam tebing diluar?

Tuan puteri belajar menari,
Tari diajar oleh Pak Harun,
Kalau Tuan bijak bestar,
Apa yang naik tak pernah turun?

Senarai Jawapan
Jawapan 1 : Ayam
Jawapan 2 : Gasing
Jawapan 3 : Buah Melaka
Jawapan 4 : Belon
Jawapan 5 : Tapak Sulaiman
Jawapan 6 : Buah Melaka
Jawapan 7 : Kilat
Jawapan 8 : Jarum
Jawapan 9 : Tali Pinggang
Jawapan 10: Buah Tangan
Jawapan 11: Belimbing
Jawapan 12: Ikan Pari
Jawapan 13: Tangga
Jawapan 14; Kelambu
Jawapan 15: Gergaji
Jawapan 16: Padi
Jawapan 17: Ketam
Jawapan 18: Api
Jawapan 19: Gigi
Jawapan 20: Umur
SEKIAN...

Monday 24 October 2011

Kata Ganti Nama Diri

Isi tempat kosong dengan jawapan yang paling sesuai. 

1. “ Marilah ___________ pergi menziarahi guru kita yang sedang sakit,” kata Jamilah kepada rakannya.
A dia
B kita 
C kami 
D kamu 

2. “___________ perlu mengisi masa lapang dengan kegiatan yang berfaedah,” pesan Cikgu Baharin kepada anak-anak muridnya. 
A Awak 
B Beliau 
C Kamu
D Anda

3. Menurut Vivien, kemalangan itu berlaku ketika ___________ dan Sally sedang menunggu bas di tepi jalan.
A dia 
B kita 
C kami 
D mereka 

4. Walaupun Datuk Majid sibuk dengan urusan perniagaannya, namun __________ sempat meluangkan masa menghadiri majlis itu.
A kau 
B beliau
C baginda
D mereka

5. “__________ berjanji tidak akan melakukan kesilapan lagi,” kata Azri dan Choo Kien kepada Cikgu Dahari. 
A Saya
B Kami 
C Hamba
D Bagind

6. “Bilakah _________ akan berangkat ke tanah seberang,” tanya Tun Lanang kepada Sultan Ahmad.
A
beta
B
kalian
C
tuanku
D
baginda

7. “Tolong ambilkan ___________ segelas air minuman,” kata Wahidah kepada rakannya.
A
saya
B
beta
C
kami
D
kalian

8. “ _____________ tidak dapat berbuat apa-apa kerana ______________ dihanyutkan oleh arus yang sangat deras,” kata Rajan apabila ditanya tentang kemalangan yang menimpa dua orang kanak-kanak itu.
A
Kami…dia
B
Kita…kalian
C
Kami…beliau
D
Saya…mereka

9. “Sudahkah ______________ menyiapkan kerja yang _____________ berikan semalam? tanya Cikgu Hani kepada anak-anak muridnya.
A
kami…awak
B
kamu…saya
C
kalian…kita
D
anda…mereka

10. “Segala titah perintah _____________ akan _____________ laksanakan dengan segera,” sembah Panglima Nayan kepada Sultan Mansur.
A
patik…baginda
B
beta…hamba
C
tuanku…patik
D
hamba…tuanku



 


 


 


 




 


 


 


 




 


 


 


 




 


 


 


 




 


 


 


 



Sunday 23 October 2011

BAHASA MELAYU IMBUHAN

IMBUHAN Merupakan tambahan dalam perkataan pada kata dasar.
Terbahagi kepada lima, iaitu:
* Imbuhan awalan
* Imbuhan akhiran
* Imbuhan apitan
* Imbuhan sisipan
* Imbuhan pinjaman
Bertindak sebagai pelengkap kepada struktur ayat dari segi kegrammatisan.

IMBUHAN AWALAN
Terletak di awal kata dasar.
Contoh:
* ber….
* ter….
* di….
* per….
* ke….
* men….
Contoh ayat imbuhan awalan:
1. Rumahnya terletak di hujung Jalan Kampong Menteri.
2. Perompak itu telah ditangkap.
3. Dia telah menyimpan wang di Bank Baiduri sejak sembilan tahun lalu.


IMBUHAN AKHIRAN
Terletak di akhir kata dasar.
Contoh:
…. an 
….. i 
….. kan
Contoh ayat imbuhan akhiran.
1. Saya sudahi ucapan ini dengan rasa terima kasih.
2. Sikap tolong-menolong antara satu dengan lain adalah amalan yang baik.
3. Hantarkan kuih ini ke rumah jiran sebelah.
 
IMBUHAN APITAN
Terletak di awal dan di akhir kata dasar.
Contoh:
* ber….an
* men….i
* di….kan
* per….an
* ke….an
* men….kan
-Contoh ayat imbuhan apitan:
1. Dia tidak suka mempermainkan perasaan orang lain.
2. Rashid telah menyelesaikan latihan yang diberi oleh cikgunya.
3. Manusia dijadikan oleh Tuhan sebagai hambanya yang beriman.  

IMBUHAN SISIPAN
Tidak banyak dan terletak di tengah-tengah kata.
Contoh:
…ei… 
…er…
…em…
Contoh ayat imbuhan sisipan.
1. Dia menggeletar kerana amat takut. (daripada perkataan getar)
2. Terdapat banyak kemuncup di padang itu. (daripada perkataan kuncup)
3. Roda jentera itu dipenuhi gerigi. (daripada perkataan gigi)
 
IMBUHAN PNJAMAN
Juga dikenali sebagai imbuhan asing.
Terdiri daripada penambahan hadapan atau belakang kata dasar.
Contoh:  
…man 
…wan 
…wati 
pra… 
tata…
maha…

Contoh ayat imbuhan pinjaman:
1. Seniwati Sarimah telah berlakon dalam beberapa buah filem.
2. Buku tatabahasa itu dibelinya di Kedai Buku Bismi.
3. Setiap pelajar pasti mahu menjadi mahasiswa.

Penulisan Bahasa Melayu Tahun 6

Sunday 16 October 2011

Program Pasca UPSR

Perlawanan Bola Tampar Antara Kelas Tahun 6.
Guru/Pengadil sedang memberi taklimat dan penerangan cara-cara bermain bola sepak perempuan.
Dengan penuh semangat membaling bola ke arah lawan.
Permainan Bola Jaring antara kelas- Perempuan
Permainan Bola Jaring antara kelas - Lelaki

Monday 19 September 2011

Salam perkenalan

Anak haruan berenang-renang,
Berenang-renang ditepi kali,
Hajat dihati ingin bersembang,
Ingin bersembang pada yang sudi.

Merah warnanya si biji Saga,
Dikutip budak  di tepi telaga,
Bahasa menunjukkan bangsa,
Hilang Bahasa lenyaplah bangsa.

CINTAI BAHASA KITA, BAHASA JIWA BANGSA